• 25

    Jun

    Asal Usul Bahasa Melayu

    Asal Usul Bahasa Melayu Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut: 1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. 2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. 3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 4. Dalam ba
  • 26

    Feb

    Kerajaan-kerajaan Melayu

    Galeri ini mempamerkan bukti-bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara dengan tumpuan khusus kepada kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Kemunculan kerajaan-kerajaan tersebut membuktikan kewujudan suatu sistem pemerintahan yang tersusun dan sistematik di rantau ini seawal abad ke-2 Masihi yang disertai dengan pencapaian dalam bidang sosio-ekonomi khasnya perdagangan antarabangsa serta perkembangan dalam ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan rumpun Melayu. Fokus utama galeri adalah berkisar kepada Kerajaan Melayu Melaka yang menjadi episod penting dalam sejarah negara. Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang masyhur bahkan bangkit sebagai sebu
  • 8

    Feb

    MELAYU PURBA----------MELAYU TINGGI

    Setakat ini bahasa yang memiliki cara pembinaan kata dan pembinaan ayat yang serupa dengan bahasa Melayu hanya terdapat di kawasan Nusantara. Bahasa yang seiras dengannya ialah bahasa yang terdapat di pulau yang terdapat di Lautan Hindi seperti di Pulau Madagaskar di sebelah Barat dan bahasa yang terdapat di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik, iaitu bahasa Austronesia, Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia. Bahasa seperti ini tidak ditemui di Asia Tengah. Kekeluargaan bahasa ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu tumbuh dan berkembang di kawasan Nusantara atau alam Melayu, dan beberapa bukti menunjukkan bahawa pertumbuhan tersebut bermula di kawasan Jambi dan Palembang di Sumatera Selatan. Buku ini lebih berkecenderungan mengatakan bahawa asal bangsa yang mendiami Pale
  • 5

    Feb

    PARAMESWARA RAJA PENDIRI KERAJAAN MALAKA

    PARAMESWARA RAJA PENDIRI KERAJAAN MALAKA OLEH : ARRYA Seperti kata seorang pelaut terkenal yang bernama DUARTE BARBOSA He who is lord of Malcca has his hand on the throat of Venice (Siapapun yang menguasai Malaka, maka dia dapat menguasai perdagangan dunia). Pada rubrik Jelajah Misteri edisi 392 telah dikisahkan sedikit tentang Parameswara yang melapaskan tahtanya sebagai raja di Sriwijaya. Kali ini Misteri ingin mengisahkan perjalanan panjang Parameswara dalam mendirikan sebuah kerajaan Islam yang baru dan diberi nama Kasultanan Malaka. Selamat mengikuti! SEJARAH MALAKA Kesultanan Malaka adalah kesultanan Melayu Islam yang terdapat di wilayah penyempitan selat di Semenanjung Melayu. Sejak zaman Sriwijaya, Semenanjung Melayu merupakan tempat yang sangat trategis bagi jalur perdagangan
-

Author

Follow Me